Sejarah Fakulti Perubatan UniSZA

UniSZA telah mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menubuhkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) melalui suratnya bertarikh 8 Januari 2009. FPSK bermula dengan penawaran tiga program diploma iaitu Diploma Radiografi, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Sains Kejururawatan. FPSK berkembang kepada enam program di mana pada tahun 2009, dua program ijazah sarjana muda ditawarkan iaitu Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) serta Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) dan satu program diploma iaitu Diploma Fisioterapi. Susulan daripada itu, satu Memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Darul Iman Malaysia (sekarang ini dikenali sebagai UniSZA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditandatangani secara rasmi yang membenarkan pelajar MBBS menjalankan latihan klinikal di hospital dan klinik kesihatan di Terengganu.

Pada tahun 2015 seiring dengan perkembangan fakulti, penstrukturan semula FPSK telah dilaksanakan menjadikan FPSK kepada dua (2) fakulti iaitu Fakulti Perubatan (FP) dan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) di mana FP bertempat di Kampus Perubatan manakala FSK di Kampus Gong Badak. Penstrukturan semula ini membolehkan kedua-dua fakulti lebih berkembang dan berdaya saing.

Pada tahun 2020, FP telah menawarkan dua lagi program akademik baharu iaitu Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Kepujian) dan Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan dengan Kepujian dengan pengambilan pelajar kohort pertama bermula pada Sesi Akademik 2021/2022.

Sehingga kini FP telah menawarkan empat program akademik prasiswazah iaitu tiga program di peringkat Sarjana Muda dan satu program di peringkat diploma. Program tersebut adalah:

1. Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan

2. Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Kepujian)

3. Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan dengan Kepujian

4. Diploma Sains Kejururawatan

Selain daripada itu, FP turut menawarkan program di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah seperti:

1. Doktor Falsafah Sains (Kesihatan)

2. Doktor Falsafah Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran

3. Sarjana Sains (Kesihatan)

4. Sarjana Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran

Contact Us

Faculty of Medicine
Universiti Sultan Zainal Abidin
Medical Campus
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

  09-627 5546
  09-627 5771 / 5772
  fp@unisza.edu.my

Location

Follow Us