Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

on . Posted in News

KUALA TERENGGANU- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 September 2012 bertempat di Perkarangan cafe UniSZA Kampus Kota.  Majlis Sambutan Hari Raya ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staf FPSK khasnya dan UniSZA amnya.

Majlis Sambutan Hari Raya ini telah disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 200 orang staf FPSK dan para tetamu jemputan. Turut hadir pada majlis sambutan Hari Raya tersebut adalah staf Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

Semoga program Sambutan Hari Raya ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan staf dan menambahbaik hubungan kerja di kalangan staf.

Disediakan oleh : Nora Bt. Ismail