Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Diploma Fisioterapi 2013

on . Posted in News

 

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM DIPLOMA FISIOTERAPI FPSK 2013

Program Diploma Fisioterapi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan daripada Panel Penilai MQA pada 17 – 19 Disember 2013. Lawatan telah berjalan dengan lancar. Seramai 3 orang ahli panel yang hadir iaitu Pn Kamariah Kamarudin ( UiTM), Mdm Yew Su Fen ( Hospital Pulau Pinang) dan Cik Fatin Husna (wakil MQA). Tujuan lawatan ini adalah untuk menyemak dokumen Program Diploma Fisioterapi dan memastikan semua kreteria yang ditetapkan oleh MQA dipatuhi seterusnya proses pengiktirafan program yang telah ditawarkan selama tiga tahun ini boleh mencapai matlamat.

Beberapa aktiviti telah dilakukan sepanjang lawatan tersebut, antaranya ialah menyemak dokumen Diploma Fisioterapi, menemubual Dekan, Timbalan Dekan, ketua pusat pengajian, pensyarah, pengajar, pelajar-pelajar Diploma Fisioterapi serta (Majlis Perwakilan Pelajar) MPP. Selain itu, ahli panel turut melawat Makmal Elektroterapi, Makmal Terapeutik, Asrama pelajar dan perpustakaan.

Pada hari kedua, aktiviti diteruskan lagi dengan lawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Hospital Setiu. Di sana, ahli panel menebualbual pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal serta Klinikal Preseptor.

Pada hari ketiga, Ahli panel membentangkan laporan hasil penilaian terhadap Program Diploma Fisioterapi. Pelbagai komen yang telah diterima untuk penambahbaikan program. Diharap Program Diploma Fisioterapi berjaya dalam mendapat Akreditasi Penuh.