SOALAN LAZIM BERKAITAN SUMBER MANUSIA

Written by FP on . Posted in Head of Units

SOALAN LAZIM  BERKAITAN SUMBER MANUSIA

(I) BAHAGIAN CUTI
 
 

1. Berapakah kelayakan cuti rehat yang boleh dibawa ke gantian cuti rehat (GCR )?

    Kelayakan cuti rehat yang boleh dibawa adalah mengikut gred jawatan. Contoh,
    I. Cuti kelayakan 30 dan 35 hari setahun layak bawa ke GCR 15 hari (maksimum)
   II. Cuti kelayakan 25 hari setahun layak bawa ke GCR 12 hari ( maksimum)
  III. Cuti kelayakan 20 hari setahun layak bawa ke GCR 10 hari ( maksimum)
 

2. Berapakah kelayakan cuti bersalin yang boleh diambil oleh penjawat awam wanita sepanjang perkhidmatan mereka?

    Kelayakan cuti bersalin yang boleh diambil ialah 300 hari sepanjang perkhidmatan.
 

3. Berapakah tempoh cuti bersalin yang boleh diambil oleh penjawat awam wanita semasa bersalin?

    60- 90 hari
 

4. Adakah kelayakan Cuti Bersalin pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin semasa                           berkhidmat secara kontrak diambil kira setelah pegawai tersebut dilantik ke jawatan tetap?

    Ya. Kelayakan Cuti Bersalin pegawai diambil kira semasa pegawai berkhidmat secara kontrak dan dianggap telah digunakan.
 

5. Berapakah hari cuti yang boleh diberikan kepada penjawat awam jika isteri mereka bersalin?

    Cuti yang layak diberikan kepada penjawat awam secara automatik adalah selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod.
 

6. Berapakah cuti maksima cuti sakit yang boleh diambil oleh penjawat awam?

    Seseorang ketua jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi 90 hari pada satu-satu masa atau 90 hari dalam satu-satu tahun.
 
 (II) BAHAGIAN KELAKUAN DAN TATATERTIB
 

1. Bolehkah penjawat awam yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dilantik semula?

    Penjawat awam yang telah ditamatkan dari perkhidmatan awam atau dibuang kerja tidak boleh dilantik semula ke dalam
    perkhidmatan awam kecuali dengan kebenaran khas suruhanjaya
 
2. Berapa lama tempoh yang diberikan kepada pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan untuk mengisytiharkan
    hartanya?

    Pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah membuat perisytiharan harta setelah melaporkan diri dan     dikemukakan kepada Ketua Jabatan tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas tarikh melapor diri.

 
(III) BAHAGIAN KENAIKAN PANGKAT
 

1. Bolehkah pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dinaikkan pangkat?

    Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat selagi tempoh hukuman berkuat kuasa.
 

2. Bolehkah pegawai yang sedang dalam siasatan dipertimbangkan kenaikan pangkat?

    Pegawai yang sedang dalam siasatan tatatertib atau SPRM hendaklah dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pemangkuan/     kenaikan pangkat dan statusnya dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat. Sekiranya pegawai berjaya dalam sesuatu     urusan kenaikan pangkat, keputusan adalah tertakluk kepada pegawai bebas dari sebarang tindakan tatatertib. Jika pegawai     didapati bersalah dan dikenakan hukuman tatatertib, maka keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat adalah terbatal.
 

3. Siapakah yang boleh membuat rayuan untuk urusan kenaikan pangkat?

    Semua pegawai yang dipertimbangkan sama ada yang berjaya, simpanan atau gagal yang tidak berpuas hati dengan keputusan     lembaga kenaikan pangkat boleh merayu.
 
(IV) BAHAGIAN PERUBATAN / HOSPITAL
 

1. Bolehkah ahli keluarga penjawat awam yang sakit mendapat perubatan percuma di klinik atau hospital kerajaan?

    Boleh, pegawai atau ahli keluarga yang sakit boleh mendapat rawatan perubatan atau pergigian atau ubat percuma yang terdapat     di hospital/ klinik kerajaan.
 

2. Bagaimanakah penjawat awam itu layak untuk memohon kelayakan wad?

    Kelayakan untuk mendapatkan wad adalah berdasarkan gred pegawai seperti berikut:
 

Kumpulan / Gred

Kelayakan wad

Pergurusan tertinggi

Kelas 1 bilik seorang

45 - 54

Kelas 1 bilik seorang

31 – 44

Kelas 1 biliki berdua

21 – 30

Kelas 1 bilik bertiga

1 – 20

Kelas 2

 

3. Adakah keluarga seseorang pegawai yang telah diletakkan di atas penjawatan berpencen layak menerima kemudahan      rawatan percuma selepas kematian pegawai itu?

    Keluarga tersebut layak menerima rawatan tersebut tidak kira sama ada kematian itu telah berlaku semasa pegawai itu sedang     berkhidmat atau setelah ia bersara. Kelayakan menerima kemudahan rawatan ini adalah terhad kepada mereka yang tergolong     dalam tafsiran “keluarga pegawai” di Perintah Am 1 (iii) sahaja.
 
(V) PERLETAKAN JAWATAN
 

1. Jika penjawat awam ingin meletak jawatan, berapakah tempoh notis yang perlu dikeluarkan?

   Tertaluk kepada peraturan 56, seseorang penjawat awam yang berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan    notis bertulis:
    i. Bagi pegawai yang dilantik secara tetap
       -30 hari sebelum perletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.
   ii. Bagi pegawai yang dilantik selain dari pelantikan tetap
       - Ia mengikut syarat pelantikan pegawai itu atau jika tempoh itu tidak diperuntukan dalam syarat perlantikannya, 30 hari sebelum          perletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.
 
(VI) PENCEN/ BERSARA
 

1. Bilakah pemberian taraf berpencen ( PTB ) seseorang penjawat awam / pegawai diberikan?

    3 tahun dalam perkhidmatan
 

2. Bagaimanakah caranya untuk penjawat awam yang akan bersara wajib setelah mencapai umur 55 tahun boleh memohon     bagi berkhidmat semula setelah bersara?

    Penjawat awam tersebut boleh memohon secara menulis surat melalui ketua jabatan dan menghadapkan ke jabatan               perkhidmatan awam mengikut keperluan dan peruntukan dengan menyertakan borang- borang tertentu.
 

3. Berapakah umur bersara wajib yang boleh diambil oleh penjawat awam?

    55, 56, 58 dan 60 tahun.
 

4. Adakah suami/isteri/anak layak menerima bayaran pencen bulanan sekiranya penjawat meninggal dunia.

    Suami/ isteri/anak layak menerima bayaran pencen bulanan sekiranya penjawat meninggal dunia.
 
(VII) BAHAGIAN PENJAWAT AWAM KONTRAK
 

1. Bilakah seseorang penjawat awam secara kontrak perlu memperbaharui kontrak mereka semula?

    6 bulan sebelum tamat kontrak
 

2. Bilakah kenaikan gaji tahunan penjawat awam dilakukan?

    Ia bergantung kepada tarikh lapor diri seseorang penjawat awam seperti berikut;
 

Tarikh lapor diri

Tarikh pergerakan gaji

1 Jan – 31 Mac

1 Jan

1 April – 30 Jun

1 April

1 Julai – 30 September

1 Julai

1 Oktober – 31 Disember

1 Oktober

 
(VIII) BAHAGIAN PENGESAHAN JAWATAN
 

1. Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta?

    Boleh, calon hendaklah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
 
2. Bilakah staf perjawatan tetap perlu mengisi e-vetting atau layak disahkan perkhidmatan bagi proses
    pengesahan jawatan?

     Pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah: (i) Berjaya menjalani tempoh percubaan 1-3 tahun (ii) Hadir      dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus (iii) Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (iv) Mendapat sokongan      daripada Ketua Jabatan.

    * e-Vetting adalah borang tapisan keselamatan yang kini boleh di isi secara online melalui sistem bagi proses pengesahan      jawatan dalam tempoh 3 tahun perkhidmatan.
 
(IX) BAHAGIAN PERLANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN
 

1. Berapa tahunkah pelanjutan tempoh percubaan boleh diluluskan?

    seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua tahun manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan ketua     jabatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri hanya melanjutkan tempoh percubaan selama satu tahun sahaja.
 

(X) BAHAGIAN BAYARAN LEBIH MASA

1. Siapakah yang layak diberi Bayaran Lebih Masa?

    Semua pegawai dalam Kumpulan Sokongan UniSZA layak dibayar Bayaran Lebih Masa.
 

2. Adakah pegawai yang menjadi peserta kursus/seminar bengkel yang diadakan di luar waktu bekerja boleh dibayar     Bayaran Lebih Masa?

    Pegawai yang menjadi peserta kursus/seminar/bengkel tidak layak dibayar Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian kecuali     pegawai yang menjadi urusetia yang mengendalikan kursus/seminar/bengkel tersebut.
 

3. Adakah boleh pegawai (kumpulan sokongan gred 41 ke bawah) yang berkelayakan diberi Bayaran Lebih Masa memilih     untuk ditukar dengan Cuti Gantian?   

  Pegawai yang berkelayakan boleh memilih untuk diberi Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian. Jika pegawai memilih untuk     mendapatkan Cuti Gantian, pegawai perlu mempunyai 9 jam  kerja lebih masa untuk melayakkan diberi 1 (satu) hari Cuti Gantian.

 

(XI) BAHAGIAN HRMIS
 
 

1. Adakah sistem HRMIS ini hanya mengandungi data dan terpakai untuk penjawat awam tetap sahaja?

    Ya, hanya penjawat awam tetap sahaja.
 

2. Adakah kegagalan penjawat awam mengemaskini maklumat asas mereka mengenai penjawatan, profil perkhidmatan dan     rekod peribadi di dalam sistem HRMIS akan memberi kesan kepada mereka?

    Kegagalan berbuat demikian akan mendatangkan kesusahan apabila penjawat awam tersebut atau keluarga ibu bapa, tidak dapat     menikmati kelayakan kelas wad yang sepatutnya boleh dinikmati secara percuma.
 
 
(XII) BAHAGIAN CUTI TANPA REKOD
 

 1. Bolehkah cuti tanpa rekod diberikan kepada penjawat awam yang menjaga anak/ ibu bapa yang menjalani rawatan?

    Kakitangan kerajaan tersebut tidak dibenarkan mengambil cuti tanpa rekod sebagaimana mengikut Perintah Am, Bab C. Berikut      adalah kelayakan-kelayakan yang membolehkan penjawat awam mengambil cuti tanpa rekod sepanjang perkhidmatannya:
1. Cuti Gantian
2. Cuti Latihan Pasukan Sukarela
3. Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan Pertubuhan / Persatuan
4. Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama
5. Cuti Memasuki Peperiksaan
6. Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
7. Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan
8. Cuti Tugas Khas Perubatan
9. Cuti Isteri Bersalin
10. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
11. Mengikuti Kursus Intensif di bawah Program PJJ dan
12. Cuti Tanpa Rekod di bawah Program PLKN
 
 

2. Bolehkah penjawat awam memohon cuti tanpa rekod bagi menguruskan urusan kematian suami/isteri, anak, ibu,     dan bapa kandung?

    Boleh,mengikut Pekeliling Perkhidmatan bil 4 tahun 2015 tempoh cuti yang diberikan kepada penjawat awam adalah selama 3 hari      untuk membantu urusan kematian.
 
 
(XIII) BAHAGIAN RAWATAN LUAR STESEN
 

1. Apakah kelayakan pegawai apabila pegawai atau ahli keluarga dirujuk oleh pegawai perubatan kerajaan untuk mendapat rawatan perubatan di luar stesen ?

  1. Pegawai layak menuntut tambang perjalanan sewa hotel atau elaun lojing dan elaun makan atau elaun harian dengan syarat pegawai atau ahli keluarga pegawai tidak dimasukkan ke wad.
  2. Pegawai layak menuntut kemudahan di atas bagi seorang pengiring untuk tempoh tidak melebihi 5 hari bagi sekali rawatan.
  3. Untuk tujuan mengiring, pegawai perlu mengambil cuti rehat atau cuti lain yang beliau berkelayakan.

 

2. Siapakah yang dikategorikan sebagai ahli keluarga kepada pegawai yang mengiring semasa rawatan ?

  1. Keluarga pegawai terdiri dari isteri atau suami.
  2. Anak-anak yang ditanggung sepenuh oleh pegawai berumur 18 tahun. Sekiranya masih belajar, di bawah umur 21 tahun.
  3. Anak-anak yang daif disebabkan kelemahan otak atau jasmani - had umur di atas tidak dipakai.
  4. Anak-anak termasuk anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang - undang.
  5. Balu atau duda seorang pegawai juga dianggap keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.

3. Apakah elaun tuntutan yang boleh dituntut oleh pegawai yang menjalani rawatan di luar stesen?

     Elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang menjalani rawatan di luar stesen ialah Elaun Perjalanan, Elaun Sara Hidup dan      tempoh sebenar (tidak melebihi 5 hari)

     - rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003 para 4.11.1 (b)




SOALAN LAZIM BERKAITAN CUTI BELAJAR
 
 
(I) CUTI BELAJAR KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK
 

1. Kepada siapakah staf perlu meminta kebenaran sekiranya mahu menyambung pengajian secara separuh masa? Ketua     Jabatan atau terus kepada Pendaftar (Bahagian Sumber Manusia)?

    Kakitangan perlu menyertakan surat makluman untuk melanjutkan pengajian kepada Pendaftar melalui sokongan Ketua Jabatan.     Sertakan sekali surat tawaran daripada IPTA/IPTS.
 

2. Adakah kakitangan bukan akademik layak untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh secara sepenuh masa?

a. Hanya kakitangan Pengurusan dan Profesional sahaja yang layak dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di     bawah tajaan Universiti dengan syarat-syarat berikut:
      i. bergantung kepada sokongan Ketua Jabatan
     ii. ketiadaan kakitangan tidak mengganggu tugas yang ditinggalkan.
    iii. kursus yang akan diikuti oleh kakitangan mengikut keperluan universiti. Contoh: Juruteknologi Makmal Perubatan yang         mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan kerana keperluan pihak MQA.
 
b. Kakitangan Bukan Akademik (Kumpulan Sokongan) boleh melanjutkan pengajian secara separuh masa/Pengajian Jarak Jauh     dengan sokongan dan kebenaran Ketua Jabatan. Permohonan CUTI TANPA REKOD (CTR) perlu dibuat sekiranya perlu     menduduki peperiksaan.
 
c. Hanya bagi kes-kes tertentu sahaja yang melibatkan kepentingan KPTj yang berkaitan boleh dipertimbangkan untuk melanjutkan     pengajian secara sepenuh masa tetapi kelayakan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005.
 

3. Berapakah tempoh perkhidmatan yang melayakkan seseorang pegawai untuk melanjutkan pengajian?

    Sekurang-kurangnya 5 tahun perkhidmatan dan telah disahkan dalam perkhidmatan/rujuk garis panduan Cuti Belajar berkaitan     dalam pekeliling bagi Cuti Belajar yang tiada biasiswa Universiti.
 
(II) CUTI BELAJAR KAKITANGAN AKADEMIK & CUTI SABATIKAL
 

1. Sekiranya saya membawa pasangan dan 4 anak ke tempat pengajian, adakah UniSZA akan membiayai anak ke-4 saya?

    Bilangan anak maksima yang dibiayai UniSZA hanya setakat 3 orang sahaja.
 

2. Bolehkah saya membuat tuntutan yuran ujian Bahasa Inggeris (IELTS) yang disyaratkan oleh tempat pengajian saya?

    Tidak boleh. Tuntutan yuran ini hanya untuk pegawai yang disyaratkan oleh pihak KPT untuk mengambilnya bagi pengajian di luar     negara.
 

3. Berapa lamakah tempoh perkhidmatan yang melayakkan seseorang untuk memohon Cuti Sabatikal? Bagaimanakah     tempoh perkhidmatan dikira?

    Untuk perkhidmatan yang genap 3 tahun, Cuti Sabatikal (CS) yang layak dipertimbangkan adalah 5 bulan, manakala     perkhidmatan yang genap 5 tahun, pegawai layak dipertimbangkan CS selama 9 bulan. Tempoh perkhidmatan dikira bermula dari     tarikh pelantikan pertama; atau tarikh lapor diri tamat Cuti Belajar; atau tarikh lapor diri tamat Cuti Sabatikal yang terdahulu; atau     tarikh lapor diri tamat Cuti Separuh Gaji/Cuti Tanpa Gaji.
 

4. Jika sekiranya saya mendapatkan rawatan perubatan di luar daripada klinik panel, adakah saya boleh membuat tuntutan     perubatan? Jika boleh, bagaimanakah prosedurnya?

    Pegawai yang ditaja oleh pihak KPT perlu menuntut dengan pihak KPT dan rawatan perlu merujuk kepada hospital/klinik kerajaan     bagi pengajian dalam negara. UniSZA hanya membiayai rawatan perubatan pasangan dan anak-anak pegawai sahaja (kecuali     pegawai tajaan UniSZA dan perlu merujuk kepada hospital/klinik kerajaan kecuali kes-kes kecemasan dan luar negara).     Kemukakan resit asal rawatan.
 

5. Selepas melapor diri tamat Cuti Belajar, adakah saya akan terus diserapkan ke jawatan sebagai pensyarah universiti?

   Tidak. Sekiranya anda belum disahkan lulus dengan jayanya oleh senat universiti di IPTA/IPTS, anda dikira masih belum tamat.      Sebarang permohonan untuk jawatan tetap bergantung kepada kekosongan di bahagian perjawatan Bahagian Sumber Manusia.
 

6. Bolehkah saya melapor diri ke fakulti sekiranya saya belum menghantar tesis dan masih menulis sedangkan tarikh akhir     pengajian saya sudah berakhir?

    Tidak boleh lapor diri kerana had minima lapor diri adalah selepas penyerahan tesis terakhir dan jika kes ini berlaku maka perlu     mohon pelanjutan tempoh pengajian.
 

7. Adakah pihak KPT atau UniSZA memperuntukkan pembiayaan untuk pegawai yang menyambung pengajian peringkat     sarjana untuk menghadiri persidangan membentangkan kertas kerja di luar negara?

    Tiada. Peruntukan hanya kepada pegawai yang menyambung pengajian peringkat Ph. D sahaja.
 

8. Kenapa Felo Akademik yang melahirkan anak diberhentikan daripada menerima imbuhan bulanan?

    Kerana Felo Akademik dikira sebagai pra-perkhidmatan, tiada ikatan kontrak kerja di antara Felo Akademik dengan pihak UniSZA.     Imbuhan hanya dibayar jika dalam Cuti Belajar/mengajar di fakulti sebagai balasan kerja/tugas yang dilakukan.
 

9. Sekiranya tarikh akhir pengajian saya masih berbaki 6 bulan lagi untuk tamat, bolehkah saya mengemukakan     permohonan pelanjutan?

    Boleh. Permohonan pelanjutan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh akhir pengajian dan jika permohonan     dibuat lebih awal adalah lebih baik.
 

10. Jika saya tamat pengajian lebih awal dari tarikh akhir yang telah diluluskan oleh KPT, adakah saya perlu balik melapor      diri atau perlu menunggu tarikh akhir tersebut tamat?

     Anda perlu melapor diri di fakulti dan Jabatan Pendaftar sehari selepas peperiksaan akhir semester berakhir; atau sehari selepas      penghantaran tesis akhir kepada penyelia. Tarikh tamat pengajian anda akan diselaraskan semula. Jika sempat viva, maka elok      dihabiskan tempoh Cuti Belajar yang telah diberikan bagi memudahkan segala urusan selepas tamat pengajian.
 

11. Adakah saya perlu menghantar satu salinan tesis penyelidikan yang telah dijalankan kepada UniSZA?

      Ya. Perlu untuk simpanan perpustakaan.
 

12. Adakah UniSZA membayar Elaun Tesis sekiranya saya sudah ditaja oleh KPT?

      Tidak. UniSZA hanya membayar Elaun Tesis kepada pegawai tajaan UniSZA sahaja.
 

13. Berapakah had umur pengajian peringkat Sarjana dan PhD?

      Had umur bagi pengajian peringkat Sarjana ialah tidak lebih dari 45 tahun manakala bagi pengajian peringkat PhD tidak lebih 43       tahun.