BENGKEL GOOD LABORATORY PRACTICE (GLP) FOR POSTGRADUATE STUDENTS 2016

Written by FP on . Posted in News

KUALA TERENGGANU -Fakulti Perubatan telah berjaya menganjurkan Bengkel Good Laboratory Practice (GLP) for Postgraduate Students pada 25 hingga 26 Oktober 2016 bertempat di Makmal Kemahiran Klinikal 2, UniSZA.

Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang GLP yang berkaitan dengan semua makmal penyelidikan di Fakulti Perubatan. Bengkel ini juga memberikan pengetahuan tentang teknik asas “Animal Handling” yang betul dan tip-tip keselamatan yang perlu dipatuhi semasa mengendalikan “laboratory animals” untuk tujuan penyelidikan.

Bengkel selama satu setengah hari ini telah disertai oleh 13 orang pelajar pasca-siswazah daripada Fakulti Perubatan. Perasmian telah disempurnakan oleh Prof Dr. Rahmah Binti Mohd Amin manakala bagi slot seminar, penceramah terdiri daripada Dr. Nurul Zaizuliana Binti Rois Anwar (FBIM), Dr. Mohd Nizam Bin Haron (FBIM), Dr. John Tang Yew Huat (FBIM), Dr. Zalilawati Binti Mat Rashid (FBIM) dan Dr. Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin (FP). Majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Nordin Bin Simbak.

Secara keseluruhannya bengkel ini telah berjaya mendedahkan peserta tentang kepentingan untuk mengamalkan GLP di semua makmal penyelidikan di Fakulti Perubatan dan juga teknik asas dan tip-tip keselamatan dalam mengendalikan “laboratory animals”. Pada masa akan datang diharap bengkel ini dapat dianjurkan lagi dan dijadikan sebagai salah satu program tahunan wajib untuk semua pelajar pascasiswazah sebelum memulakan projek penyelidikan masing-masing.

dryusrina                           

pnordin

 ramai