“UniSZA Bersama Komuniti” Program Pemeriksaan Kesihatan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Seberang Takir

Written by FP on . Posted in News

ANJURAN:

SMK KEBANGSAAN IBRAHIM FIKRI & FAKULTI PERUBATAN UniSZA

14 Januari 2016 (Khamis) – SMK Ibrahim Fikri telah menjemput Skuad Pemeriksaan Kesihatan Fakulti Perubatan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan sempena Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2016. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi kepakaran perubatan dengan komuniti setempat, meningkatkan tahap kesedaran terhadap kesihatan dan secara tidak langsung mempromosikan program-program akademik yang terdapat di Fakulti Perubatan UniSZA. Pemeriksaan kesihatan telah dijalankan kepada 60 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut. Seramai 3 orang doktor, dua jururawat, pegawai pembangunan masyarakat serta 5 orang pelajar sains kejururawatan telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Antara khidmat yang diberikan adalah pemeriksaan tekanan pemeriksaan gula dalam darah dan khidmat konsultasi dari doktor perubatan. Pihak sekolah juga amat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan dan akan menjemput lagi skuad pemeriksaan kesihatan Fakulti Perubatan UniSZA bagi program-program yang akan datang. Semoga khidmat kepakaran yang terdapat di Fakulti Perubatan boleh dikongsi dan dinikmati oleh penduduk setempat melalui program-program kesihatan komuniti yang akan dijalankan.

IbrahimF1 Pelajar Sains Kejururawatan menjalankan pemeriksaan tekanan darah sebelum sesi konsultasi bersama doktor.

 

 IbrahimF2  

Sambutan menggalakkan bagi pemeriksaan tahap gula dalam darah dibantu oleh jururawat terlatih

 

Disediakan Oleh:

Ahmad Fadhlinoor bin Marican,

Pegawai Pembangunan Masyarakat

Fakulti Perubatan