UniSZA Anjur Simposium Antarabangsa dan Meterai MoA Bersama DUHS

Written by FP on . Posted in News

1 Kuala Nerus : Usaha berterusan Fakulti Perubatan untuk meningkatkan kolaborasi dengan institusi perubatan bertaraf antarabangsa dalam membangunkan kerjasama penyelidikan, pemerkasaan kurikulum dan mobiliti program bermula dengan termeterainya Memorandum Persetujuan (MoA) bersama Dow University of Health Sciences, Pakistan. MoA yang telah berlangsung di Regent Plaza Hotel Convention Centre, Karachi, Pakistan pada 16 November itu menyaksikan perjanjian antara UniSZA dengan Dow University of Health Sciences (DUHS).

MoA tersebut telah disempurnakan oleh delegasi daripada UniSZA antaranya adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Nordin Simbak serta Naib Canselor dan Pendaftar DUHS, Prof. Masood Hameed Khan dan Prof. Dr. Shaikh Nadeem Ahmed.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Naib Consul/Ketua Canseri daripada Konsulat Besar Malaysia, Karachi, En. Nazrul Firzadh Yunus. Prof Dr. Mahadzirah Mohamad ketika ditemui berkata, berdasarkan MoA tersebut, kedua pihak telah bersetuju untuk melaksanakan mobiliti program di kalangan pelajar dan pensyarah membabitkan kedua-dua institusi.

“Dengan adanya MoA ini, ia secara tidak langsung telah membuka peluang perkongsian kepakaran dalam memperkasa kurikulum, terutamanya dalam aspek penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran di samping dapat mengutuhkan jalinan kolaborasi antara kedua-dua insitutusi tersebut.,”katanya.

Sementara itu, satu simposium yang menghimpunkan pakar-pakar perubatan kebangsaan dan antarabangsa turut diadakan pada masa yang sama Prof Mahadzirah berkata, lebih 50 kertas kerja berkaitan perubatan dan kesihatan yang membabitkan isu-isu terkini telah dibentangkan termasuklah kajian berkaitan “Quality of Life based on Maqasid Syariah”, “Obesity among Adolescents” dan “Dietary Management of Obesity”.

“Tujuan utama simposium ini adalah untuk memberi kesedaran tentang pengaruh obesiti terhadap kualiti hidup serta langkah-langkah untuk menangani masalah obesiti secara holistik samada dari sudut Islam dan perubatan”,katanya. Menurutnya, seramai 500 orang peserta telah menghadiri simposium yang berlangsung selama tiga hari itu.

“Kami juga berkesempatan untuk melawat beberapa tempat di Dow University of Health Sciences (DUHS), Dow Medical College dan Dow University Hospital dan telah disambut mesra oleh delegasi Dow Medical College yang diketuai oleh Prof. Junaid Ashraf”.

“Saya berharap dengan adanya kolaborasi seumpama ini, ia secara langsung dapat mengharumkan nama UniSZA pada peringkat antarabangsa dalam mengaspirasi kecemerlangan dan kegemilangan akademik secara menyeluruh”, katanya. 

  2 3 8 4

  5 6 7 9