Majlis MoA UniSZA dan Institut Kesehatan Helvetia

Written by FP on . Posted in News

MoA1

UniSZA melalui Fakulti Perubatan telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoA) dengan Institut Kesehatan Helvetia (IKH), Medan Indonesia pada 2 Julai 2018. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Naib Canselor UniSZA manakala IKH diwakili oleh Rektor nya, Dr. H. Ismail Efendi, M.SI. Melalui MoA ini, UniSZA telah membuka peluang kepada kakitangan IKH untuk melanjutkan pengajian mereka di UniSZA bagi pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Semoga pemeteraian MoA ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara UniSZA dan IKH dalam membangunkan lagi bidang akademik dan pendidikan tinggi kedua-dua negara.

  

 MoA2  MoA3  MoA4
 MoA5  MoA7  MoA8