Kursus Basic Suturing Course 2019 HSNZ

Written by FP on . Posted in News

KURSUS BASIC SUTURING COURSE 2019 HSNZ

Beramai2

KHAMIS, 15 APRIL 2019: Seramai 14 orang pelajar perubatan tahun akhir UniSZA telah berpeluang untuk menghadiri kursus 'Basic Suturing Course 2019 HSNZ' di HSNZ, Kuala Terengganu anjuran Jabatan Pembedahan Am HSNZ. Program ini julung kalinya disertai para pelajar UniSZA dan turut disertai oleh pegawai perubatan (MO) dan pegawai perubatan siswazah (HO) HSNZ. Pensyarah perubatan UniSZA Dr. Ahmad Fardi bin Sulaiman yang juga merupakan pakar bedah jemputan  di HSNZ dijemput sebagai salah seorang fasilitator dan penceramah dalam program tersebut. Program ini dapat memberikan manfaat pelajar UniSZA dimana mereka diberi pendedahan cara mempelajari teknik-teknik jahitan (Surgical surturing and knot tying) yang digunakan dalam pembedahan.

Diharap dengan penyertaan para pelajar tahun akhir perubatan UniSZA dalam program ini memberi sedikit sebanyak pendedahan dan pengalaman untuk digunakan oleh para pelajar apabila mendapat kerja sebagai doktor perubatan kelak.

WhatsApp-Image-2019-04-21-at-08.25.58-1  WhatsApp-Image-2019-04-21-at-08.25.58-2  WhatsApp-Image-2019-04-21-at-08.25.58-4  WhatsApp-Image-2019-04-21-at-08.25.58