Fakulti Perubatan sumbang kepakaran bina ChaSe

Written by Webmaster on . Posted in News

 Oleh: Samhani Ismail

 

stat-logo-chase

Kuala Nerus – Pembinaan aplikasi pintar bagi mengesan dan mengurus risiko jangkitan COVID-19 (ChaSe) yang digunakan di UniSZA kini merupakan gemblengan tenaga dan kepakaran daripada pensyarah-pensyarah Fakulti Perubatan, UniSZA Kampus Perubatan.

 

ChaSe yang merupakan singkatan bagi COVID-19 Health Risk Assessment and Self Evaluation System dibina berasaskan kepakaran perubatan dan Informasi Technology (IT) daripada Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA. Tim perubatan yang terdiri daripada pakar epidemiologi, pakar perubatan keluarga, pakar mikrobiologi, pakar otolaringologi, pakar statistik perubatan, pakar pendidikan perubatan, saintis genomik dan neurosaintis turut bertungkus-lumus sepanjang pembinaan model dan aplikasi tersebut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

 

Mereka sama-sama mengikhlaskan niat dan menyinsing lengan untuk keselamatan universiti dan negara. 

 

 

Menyorot kembali, gerak kerja CHaSe bermula dengan perbincangan demi perbincangan, tinjauan literatur, pengenalpastian variabel bagi menjana hipotesis, pengiraan menggunakan kaedah multivariat analisis melibatkan Principal Component AnalysisFactorial AnalysisArtificial Neural NetworkDiscriminant Analysis dan seterusnya pembinaan model pertama CHaSe.

 

 

Pembinaan model yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Hafizan Juahir ini turut mengambilkira simptom, petanda dan sejarah klinikal, sejarah perjalanan dan kontak serta penyakit kronik sedia ada, termasuk faktor sosio demografik. Nilai setiap variabel ini dikira dan dimasukkan ke dalam algoritma bagi menghasilkan model CHaSe.

 

 

Tahniah kepada Tim Perubatan CHaSe yang terdiri daripada Prof. Dr. Harmy Yusoff, Prof. Dr. Syed Hatim, Prof. Madya Dr. Aniza Aziz, Dr. Nur Iza Abdul Rahman, Dr. Kamaruzaman Esa, Dr. Salami Ibrahim, Dr. Ras Azira Ramly dan Dr. Samhani Ismail di atas komitmen yang diberikan. 

 

 

Sistem CHaSe berjaya menyaring dan mengenalpasti staf dan pelajar yang berisiko rendah, sederhana dan tinggi dijangkiti COVID-19, justeru memberi nasihat berkenaan pengurusannya. Pelaksanaan sistem ini turut mendapat kerjasama daripada Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA. 

 

 

Pembinaan sistem ini turut mendapat galakan padu daripada Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato.’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan.

Turut terlibat untuk sesi pengurusan risiko CHaSe adalah Prof. Madya. Dr. Mohd Ariff Sharifudin, Dr, Nurulhuda Hassan dan Dr. Nik Ronaidi Nik Mahdi yang tampil mengemukakan kertas kerja permohonan geran pasca COVID-19 di pusat-pusat tahfiz di Malaysia dan di UniSZA.

 

 

1.chase

 

Barisan pakar-pakar statistik daripada Fakulti Perubatan. Daripada kanan, Prof Syed Hatim, Dr Salami Ibrahim dan Prof Madya Dr Aniza Abdul Aziz.

 

 

 

 

 

5._Chase.jpg

Mesyuarat sedang dijalankan