Temuduga Calon Pelajar Perubatan UniSZA Dalam Talian

Written by Webmaster on . Posted in News

 

Shuhada Aziz

 

Gambar 4

6 Ogos - Buat julung kalinya sesi temuduga pengambilan calon pelajar baharu, program  ISM Perubatan dan Pembedahan (MBBS) bagi sesi pengambilan 2020/2021 telah diadakan di Fakulti Perubatan secara dalam talian menggunakan aplikasi Cisco Webex. 

Sesi temuduga tersebut telah diadakan pada 6 - 8 Julai 2020 bagi calon daripada Unit Pengambilan Universiti (UPU) dan pada 5 Ogos 2020 bagi calon-calon daripada Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), UniSZA. 

 

Kaedah ini merupakan adaptasi norma baharu susulan  pandemik COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih diteruskan sehingga kini.

 

Temuduga secara dalam talian tersebut melibatkan semua calon pelajar daripada zon Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak. Seramai 222 orang calon telah ditemuduga di mana 168 orang calon di antara mereka merupakan calon daripada sistem UPU dan 54 orang calon daripada PUSPA, UniSZA.

 

24 orang panel profesional terlibat yang terdiri daripada pensyarah perubatan daripada pelbagai kepakaran. 

 

Dianggarkan sekitar 60 orang calon pelajar sahaja yang akan diterima masuk ke program MBBS ini sebagaimana kuota yang telah ditetapkan.

Temuduga dalam talian yang diadakan ini adalah memuaskan dan berjalan dengan baik walaupun terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. 

Justeru, pihak Fakulti Perubatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon yang terlibat. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Urusetia, barisan Panel penemuduga, pihak Pengurusan dan Infostruktur & Rangkaian (PPIR)  serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan kerjasama untuk menjayakan sesi temuduga secara dalam talian ini.

 

Gambar 2

Gambar 3

 

 

 

Gambar 5

 

Gambar 6