Bengkel Tesis ke Buku 2020

Written by Webmaster on . Posted in News

Oleh: Mohd Ariff Sharifudin & Samhani Ismail

Foto: Wan Mohd Fadzli bin Wan Samsudin


Webp.net-resizeimage-5

 

 

Entiti intelektual atau cendekiawan mengandalkan kecerdasan akal, mempergunakan ketajaman pemikiran dan mengembangkan gagasannya untuk kesejahteraan masyarakat. Salah satu kaedahnya adalah melalui penulisan. Penulisan adalah kerja-kerja menggabungkan ilmu, menumpahkan idea buat membimbing masyarakat kepada satu jalan yang benar menuju Tuhan.

 

Keseluruhan ekosistem perbukuan berpusat pada penulis. Malah penulisan perlukan latihan, pengalaman dan kerja keras. Ia tidak semudah yg disangka. Pelatihan, pembacaan dan bimbingan adalah amat penting di dalam membina penulis berwibawa dan penulisan yang berkualiti. Justeru hadir ke sesi seperti bengkel dan kursus sangat penting di dalam membentuk sahsiah seorang pensyarah.

 

Melihat kepada keperluan memperkasakan penulis, pihak Penerbit UniSZA mengambil inisiatif mengadakan bengkel perbukuan Tesis ke Buku yang bertempat di Auditorium Perpustakaan, UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu pada 23 dan 24 Ogos 2020.

 

Bengkel yang melibatkan 28 penyertaan daripada pensyarah-pensyarah seluruh fakulti di UniSZA menampilkan penceramah berpengalaman yang sudah tidak asing, Ketua Jabatan Komunikasi Media, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya Kuala Lumpur iaitu Prof Madya Dr Hamedi Adnan.

 

Beliau yang merupakan Presiden Persatuan Editor Malaysia yang telah menerbitkan sejumlah besar buku termasuk Penerbitan dan Pemasaran Buku di Malaysia, dan Memahami Penerbitan Buku menyampaikan bengkel yang menumpukan kepada konsep, struktur dan teknik penulisan buku ilmiah. Beliau turut memberikan tip-tip penting penulisan buku yang layak memenangi Anugerah Penerbitan Ilmiah.

Webp.net-resizeimage-2

 

Bengkel menjemput penghantaran manuskrip karya untuk diterbitkan oleh Penerbit UniSZA yang turut bernaung di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).  

Fakulti Perubatan turut menghantar tiga orang pensyarahnya untuk menyertai bengkel selama dua hari ini iaitu Prof Madya Dr. Mohd Ariff Sharifudin, Dr. Samhani Ismail dan Puan Hasnan Zani.

Webp.net-resizeimage-3

 

Bercakap di dalam Majlis Penutup, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Hafizan Juahir menyatakan, “Usaha proaktif pihak Penerbit UniSZA ini diharap dapat merancakkan lagi penerbitan buku ilmiah kita,” di samping beliau mengharapkan agar setiap peserta menghantar manuskrip karya ke meja penerbit.