Majlis Sambutan Nuzul Quran dan Iftar Perdana Ramadhan
Program Majlis Sambutan Nuzul Quran dan Iftar Perdana Ramadhan ini merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh Fakulti Perubatan UniSZA pada tarikh 19 April 2022. Program ini diadakan adalah untuk menyambut sambutan Nuzul Quran dan meraikan serta menyambut bulan mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak.
Selain itu, program ini juga membuka peluang kepada badan kelab kepimpinan Fakulti Perubatan seperti MEDISZA,NSC dan MEHSZA UniSZA untuk bertukar pendapat dan idea di samping memperbaiki pengurusan organisasi dalam memastikan kelangsungan organisasi terus bergerak maju khususnya dalam pelaksanaan aktiviti secara bersemuka dan secara atas talian. Program Majlis Sambutan Nuzul Quran dan Iftar Perdana Ramadhan ini dilaksanakan secara bersemuka dan bertempat di Fakulti Perubatan UniSZA.
Mahasiswa, mahasiswi, staf dan pensyarah memberikan kerjasama dan respon yang positif terhadap perjalanan dan pengisian program ini berlangsung. Sesungguhnya program ini dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim antara mahasiswa, mahasiswi, staf dan pensyarah justeru itu dapat menyatukan perpaduan dengan menjalinkan hubungan yang erat supaya dapat membentuk satu gerak kerja ekosistem yang sihat dan ceria. Hasilnya program ini dapat membina pemantapan jati diri mahasiswa dan mahasiswi serta dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar.
Setinggi penghargaan buat semua ahli MEDISZA, NSC, MEHSZA yang sanggup meluangkan masa menjadi ahli jawatankuasa lalu menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.