Introduction to Flow Cytometry & its Applications
Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit dan Bioteknologi (CeRIDB), Fakulti Perubatan telah menganjurkan bengkel Introduction to Flow Cytometry & its Applications dengan kerjasama Genomax Technologies Sdn. Bhd. yang diadakan pada 12-13 April 2022 bertempat di Makmal CeRIDB UniSZA Kampus Perubatan. Seramai 20 peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel ini yang secara umumnya memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan alat flow cytometer dalam penyelidikan. Pihak Genomax telah membawa satu unit demo alat flow cytometer (NovoCyte Quanteon) yang digunakan sepanjang bengkel ini berlangsung. Penceramah utama adalah Mr David Chung Tze Yang dari Genomax Technologies.
Sepanjang bengkel ini berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai topik. Antaranya adalah seperti Immunophenotyping, cell apoptosis, cell cycle analysis, cell proliferation dan bead-based multiplex assay. Bengkel ini yang berkonsep penggunaan peralatan makmal berteknologi tinggi akan dijadikan sebagai aktiviti berkala Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit dan Bioteknologi (CeRIDB) di masa akan datang dalam memastikan para penyelidik sentiasa didedahkan dengan teknologi terkini dalam bidang penyelidkan masing-masing yang seterusnya akan meningkatkan kualiti dan kuantiti penyelidikan di UniSZA secara amnya.